APSSK 2014

UNIT BBM






Bilik Bahan Bantu Mengajar SMA Mahmudiah yang ditubuhkan di bawah Unit BBM di bawah pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Bilik BBM yang baru ditubuhkan pada tahun 2013 ini bagi menyahut Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah menekankan penggunaan BBM berasaskan pelbagai teknik dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, Bilik BBM yang serba lengkap, selesa dan kondusif diperlukan agar menarik minat guru untuk mempelbagaikan kaedah dan melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan. Bilik ini dikendalikan oleh Pn Zaipah Saad dan Pn Mayani Abdullah.

1.0              MATLAMAT

1)      Menyediakan kemudahan peralatan dan kelengkapan BBM kepada para guru dengan lebih teratur, efektif dan sistematik
2)      Memberi kemudahan kepada para guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
3)      Penggunaan BBM efektif, Pengajaran dan Pembelajaran Positif
4)      Percambahan ilmu, bermula di sini

1.0              OBJEKTIF

1)      Membantu para guru melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya lebih berkesan denga penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar
2)      Merangsang kreativiti dan inovasi guru itu sendiri dalam mencari kaedah yang lebih kreatif dalam proses menyampaikan maklumat kepada pelajar
3)      Menarik minat pelajar untuk lebih mudah memahami proses pembelajaran dan memaksimakan keupayaan minda agar lebih berfikiran kreatif dan inovatif.