APSSK 2014

PENGENALAN PSS


                                                           SEJARAH PSS 

  Sekolah Menengah Agama Mahmudiah dicetuskan hasil inisiatif masyarakat setempat lebih setengah abad lalu.Antara yang memainkan peranan ketika itu ialah Tuan kadi Hulu Terengganu En Mohamad Bin Abu Bakar dan Tuan Fakeh Abdullah seorang ulamak dan guru agama yang terkenal dalam masyarakat tempatan.Menurut Tuan kadi,sebuah sekolah agama seperti Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin wajar tubuhkan untuk manfaat masyarakat Hulu Terengganu.

            Ekoran daripada itu,pada oktober 1955 Tuan Kadi berunding dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu supaya tapak balai polis di Kuala Berang didirikan buat sementara waktu.Setelah perundingan tersebut berjaya,pada bulan November 1955 sebuah jawatankuasa bertindak ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Tuan Fakih Abdullah.Turut menganggotai jawatankuasa terdiri daripada orang kenamaan dan berpengaruh di daerah ini seramai 14 orang.
          
  Perkataan Mahmudiah di ambil dari nama Yang Teramat Mulia Tengku Mahmud iaitu Yang Dipertuan Muda Terengganu.Pada mulanya pihak jawatankuasa memilih nama Fakih sempena nama Tuan Fakih Abdullah yang pernah menjadi pengerusi jawatankuasa yang pertama tetapi telah dibatalkan setelah nama Mahmudiah dimaklumkan dari pejabat Agama Terengganu.
            Pada awal penggal pertama tahun 1955,jawatankuasa ini telah menerima seramai 84 orang murid perempuan.Mereka telah ditempatkan di dalam satu kelas yang dinamakan kelas satu Alif dan satu Ba’,Menjelang penggal kedua ,pejabat Agma Terengganu mula menghantar dua orang guru sebagai permulaan iaitu Ustaz Mahmud Salim Bin Haji Mohd sebagai guru besar dan Ustaz haji Endut Yusof sebagai penolongnya.Pada hari Isnin 10 September 1956 bersamaan 5 Safar 1376,Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasaruddin Shah Sultan Terengganu telah merasmikan bangunan sekolah ini. Setahun kemudian seorang lagi guru telah dihantar kesini iaitu Tuan Haji Salleh Bin Ismail.


No comments:

Post a Comment