Bilik
Bahan Bantu Mengajar SMA Mahmudiah yang ditubuhkan di bawah Unit BBM di bawah
pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Bilik BBM yang baru ditubuhkan pada
tahun 2013 ini bagi menyahut Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah menekankan penggunaan BBM
berasaskan pelbagai teknik dan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Justeru itu, Bilik BBM yang serba lengkap, selesa dan kondusif diperlukan
agar menarik minat guru untuk mempelbagaikan kaedah dan melengkapkan proses pengajaran
dan pembelajaran supaya lebih berkesan. Bilik ini dikendalikan oleh Pn Zaipah Saad dan Pn Mayani Abdullah.
1.0
MATLAMAT
1)
Menyediakan
kemudahan peralatan dan kelengkapan BBM kepada para guru dengan lebih teratur,
efektif dan sistematik
2)
Memberi
kemudahan kepada para guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
3)
Penggunaan BBM
efektif, Pengajaran dan Pembelajaran Positif
4)
Percambahan
ilmu, bermula di sini
1.0
OBJEKTIF
1) Membantu
para guru melengkapkan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya lebih berkesan denga
penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar
2) Merangsang
kreativiti dan inovasi guru itu sendiri dalam mencari kaedah yang lebih kreatif
dalam proses menyampaikan maklumat kepada pelajar
3) Menarik
minat pelajar untuk lebih mudah memahami proses pembelajaran dan memaksimakan
keupayaan minda agar lebih berfikiran kreatif dan inovatif.